OBJEKTIF BLOG :

1. Mempromosikan Malaysia
Memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi libur yang utama buat para wisata dari Indonesia.

Memberikan pelbagai informasi penting tentang Malaysia.

2. Membuat Pakej Mengikut Keperluan
Mengubah suai pakej-pakej libur dengan harga yang paling ekonomi dengan mengikut keperluan dan kehendak setiap individu, keluarga dan rombongan.

3. Memori Perliburan Sepanjang Hayat
Waktu itu emas. Pilihan untuk berlibur di Malaysia sudah tentu satu pilihan bijak. Jadi sudah tentu, adalah tanggungjawab saya untuk menjadikan keputusan ibu bapak untuk berlibur di Malaysia sebagai satu libur memori perliburan sepanjang hayat ibu bapak.

Kalau ada apa-apa pertanyaan tur atau perlukan perkhidmatan untuk menyewa combi, bes ataupun pemandu para wisata sila hubungi :

Chua Eng Han +6012 3730036

Email : enghanchua@hotmail.com

Sunday, September 13, 2009

Barangan Yang Pasti Lumayan Dan Harus Dibeli Sewaktu Wisata Di Malaysia

Sewaktu saya menguruskan rombongan, banyak sekali para wisata yang akan bertanya apakah barangan yang bisa dibeli sebagai ole-ole dan juga barangan yang lumayan di Malaysia. Jadi, disini, saya berikan sedikit penjelasan barangan yang bisa ibu-ibu beli sewaktu berada di Malaysia.

Sebelum saya menghuraikannya, saya ingin menasihati ibu-ibu yang gemar sekali membeli barangan di Chinatown ataupun di kawasan Masjid India dahulu. Harus diingatkan bahawa banyak sekali barangan yang berada di Chinatown itu banyak sekali berasal dari Indonesia dan China. Oleh itu, banyak sekali barangan yang dijual di Chinatown itu adalah barang tiruan. Selain daripada itu, barangan yang dijual di kawasan Masjid India itu juga kebanyakkannya berasal dari Indonesia.

Selain daripada itu, sememangnya adalah lebih senang dan lumayan kalo ibu-ibu membeli barangan di Malaysia kalo dibandingkan membeli di Singapur ataupun di Thailand. Ini adalah kerana banyak sekali barangan di Malaysia adalah bebas pajak. Di Singapur dan Thailand, adalah agak sukar kerana uang pajak barangan yang dibeli itu akan dipulangkan sewaktu berada di bendara ataupun berada di jeti. Di Malaysia, para wisata langsung tidak perlu bersusah payah krana tidak perlu dipulangkan uang krana sememangnya langsung telah bebas pajak.

Sememangnya banyak sekali barangan bebas pajak di Malaysia umpamanya barangan kulit, barangan kemas, alroji, barangan elektronik, cokolat, barangan kosmetik, dan lain-lain lagi.

Sejak kemerosotan ekonomi Malaysia tahun 1997 atas kemerosotan mata uang ringgit, pemerintah Malaysia telah mengumumkan banyak sekali barangan di Malaysia itu bebas pajak agar para wisata dapat membelinya di Malaysia dengan harga yang paling lumayan.

Apabila saya mengatakan barangan itu bebas pajak, ini bermakna barangan itu bebas pajak di seluruh negara ini dan bisa dibeli di mana-mana gedung dengan harga yang sama.

Biasanya para wisata dari Indonesia paling gemar membeli :
1) Coklat : Merk coklat yang paling terkenal di Malaysia adalah Beryls. Antara coklat yang paling terkenal ialah coklat durian, tiramisu, bijan, strawberi, kelapa, kopi, dan lain-lain lagi.
2) Barangan kulit : Barangan kulit yang paling digemari ialah sepatu. Biasaya ibu-ibu paling gemar pada merk Vincci.
3) Alroji : Sememangnya alroji di Malaysia semuanya adalah bebas pajak dan mempunyai merk international. Antara tokoh yang paling terkenal menjual alroji ialah Geneve yang berada di Batu Caves.

Harus diingatkan para wisata tidak perlu tawar-menawar sewaktu membeli barangan di gedung-gedung krana semua barangannya adalah harga tetap. Tetapi sewaktu membeli barangan di Chinatown dan di Masjid India perlu tawar menawar.

Tokoh-tokoh yang terkenal sekali di kalangan para wisata Indonesia adalah di Sungai Wang Plaza. Sememangnya tokoh ini adalah sesuai sekali untuk para wisata untuk membeli barangan seperti pakaian, sepatu dan kosmetik.

Di belakang Sungai Wang Plaza adalah Low Yat Plaza. Di Low Yat Plaza terkenal sekali menjual barangan elektronik di Malaysia. Antara barangan elektronik yang paling lumayan adalah notebook.

Kebanyakkan gedung-gedung di Malaysia beroperasi antara jam 10pagi hingga 10malam.