OBJEKTIF BLOG :

1. Mempromosikan Malaysia
Memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi libur yang utama buat para wisata dari Indonesia.

Memberikan pelbagai informasi penting tentang Malaysia.

2. Membuat Pakej Mengikut Keperluan
Mengubah suai pakej-pakej libur dengan harga yang paling ekonomi dengan mengikut keperluan dan kehendak setiap individu, keluarga dan rombongan.

3. Memori Perliburan Sepanjang Hayat
Waktu itu emas. Pilihan untuk berlibur di Malaysia sudah tentu satu pilihan bijak. Jadi sudah tentu, adalah tanggungjawab saya untuk menjadikan keputusan ibu bapak untuk berlibur di Malaysia sebagai satu libur memori perliburan sepanjang hayat ibu bapak.

Kalau ada apa-apa pertanyaan tur atau perlukan perkhidmatan untuk menyewa combi, bes ataupun pemandu para wisata sila hubungi :

Chua Eng Han +6012 3730036

Email : enghanchua@hotmail.com

Tuesday, July 7, 2009

Cara Paling Ekonomi Dan Selamat Ke Malaysia Dari Indonesia

Sudah pasti ramai para wisata yang ingin tahu cara yang paling ekonomi untuk ke Malaysia dari Indonesia. Ramai sangat para wisata yang ingin menjimatkan uang, sebenarnya memperjudikan nyawa mereka waktu berlibur.

Dari pengalaman saya, paling ramai para wisata Indonesia yang datang ke Malaysia akan menggunakan pesawat untuk terbang ke Batam. Kemudiannya, para wisata harus menaiki feri untuk sampai ke Singapura dan akhirnya naik bes ke Malaysia.

Dengan cara sebegini, biasanya para wisata akan sampai ke Malaysia melewati imigresen Gelang Patah ( 2nd Link ) di Johor Bahru. Kemudiannya, perjalanan bes dari 2nd Link ke Kuala Lumpur akan memakan masa lebih kurang 5 jam.

Banyak sekali rombongan Indonesia menggunakan cara sebegini yang paling menjimatkan tetapi juga antara yang paling bahaya sekali. Biasanya para wisata akan sampai di 2nd Link pada jam 8 malam.

Pernahkah anda pikirkan bahayanya sewaktu perjalanannya dari 2nd Link ke Kuala Lumpur? Biasanya, untuk rombongan sebegitu, kita juga harus berhenti untuk makan malam. Jadi, oleh kerana perjalanan yang jauh dan memenatkan, biasanya para wisata akan tidur di dalam bes. Mereka tidak langsung terpikir samada pak supir yang memandu bes juga keletihan. Jadi, adakah cara yang menjimatkan sebegini adalah cara yang terbaik untuk berlibur?

Oleh kerana terlampau mahu menjimatkan uang untuk wisata, saya juga pernah mengambil para wisatanya dari 2nd Link dan bermalam di dalam bes. Pak supir akan berhenti di salah satu tempat R N R ( Tempat yang disediakan untuk istirihat di lebuhraya ) dan tidur di dalam bes.

Ya, mungkin para wisata berfikir, mereka dapat tidur di dalam bes. Tetapi bagaimana pula dengan pak supirnya? Adakah pak supirnya akan tidur dengan selesa dan nyenyak? Pak supirnya sudah pasti akan kerap kali terjaga bila para wisatanya yang kerap kali turun dan naik dari bes. Jadi, dengan kekurangan tidur pak supir itu, sebenarnya para wisata juga membahayakan dirinya.

Sudah pasti kalau menggunakan cara sebegini, akan menjimatkan pajak bendara di Jakarta seperti yang ditetapkan oleh pemerintah Indonesia.

Tetapi adakah ibu bapak bayangkan, betapa banyak masa yang rugi dan memperjudikan nyawa sebegitu sahaja oleh kerana melewati Batam dan Singapura?

Sebenarnya, pada pandangan saya, cara yang paling ekonomi, menjimatkan masa dan paling selamat adalah menggunakan perkhidmatan Air Asia dari bendara di Indonesia dan langsung ke bendara di LCCT, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dengan cara sebegini, sudah pasti para wisatanya dapat berlibur di Malaysia dengan cara yang paling selamat dan menjimatkan uangnya.

No comments:

Post a Comment